Pelaksanaan
Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca
TAHAP JAUHARI
1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca
TAHAP JAUHARI
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan dalamaktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar ( Pertengahan Tahun dalam Tahun 1). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Tahap Pengiktirafan NILAM Jauhari Sekolah Rendah
BILANGAN BUKU
|
PENGIKTIRAFAN
|
90 – 179 buah buku
|
Gangsa
|
180 – 269 buah buku
|
Perak
|
270 – 359 buah buku
|
Emas
|
360 buah buku ke atas
|
NILAM
|
RAKAN
PEMBACA
- Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.
- Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara tidak formal.
- Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk di bawa pulang. Buku-buku yang dipinjamkan akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran.
- Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
- Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP.
MARKAH
|
PENGIKTIRAFAN
|
100 – 199
|
Gangsa
|
200 – 299
|
Perak
|
300 – 399
|
Emas
|
400 ke atas
|
NILAM
|
SISTEM PEMARKAHAN RAKAN PEMBACA
Bercerita pada 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah*
Membaca bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah*
Bicara buku 1 sesi x 15 pendengar = 5 markah*
Meminjam buku 1 buku x 20 peminjam = 5 markah*
* Markah maksimum setiap aktiviti
GANJARAN
Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumkan tentang klasifikasi pengiktirafan ini.
Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca. Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah :
Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila murid menamatkan persekolahannya.
Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada murid yang layak menerimannya.
Murid yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.
No comments:
Post a Comment