Slogan : Membaca Menjana Minda Tema : NILAM Ke Arah Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke 21

Konsep NILAM


Pengertian Konsep :    Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
·         Merupakan    penggabungan    atau adunan   kesemua   aktiviti   galakan membaca   yang dijalankan  di  sekolah  dengan  memberi pengiktirafan yang sesuai.
·         Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan  (pengurusan)
·         Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. (aktiviti)
·         Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. (penilaian)
·         Program ini telah mula dilaksanakan dengan  Tahun  Satu  di   Sekolah Rendah,   Tingkatan   Satu    dan Peralihan di     Sekolah Menengah   pada 1999.
·         Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998

MATLAMAT
Satu  strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di   kalangan   rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF
·         Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan  berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan   yang berorientasikan peperiksaan sahaja)
·         Menggalakkan  sekolah  terus menjana  idea  kreatif  dan  inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

Tiga Elemen Program NILAM
·         Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
·         Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
·         Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.

No comments:

Post a Comment