Majlis Pelancaran Kem 1 Malaysia peringkat negeri Melaka tahun 2016
Disempurnakan oleh : Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari
Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka
Tarikh : 4 April 2016
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Anjung Selera SMK Air Molek
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) tahun 2016 yang bertemakan Amalan Membaca Budaya Kita merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cinta akan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Hal ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan pembinaan tamadun manusia.
Matlamat
Mengukuhkan budaya membaca dan cinta akan ilmu dalam kalangan murid
Objektif
- Memupuk minat membaca secara berterusan
- Menjadikan Pusat Sumber (PSS) sebagai gedung ilmu
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena KM1M :-
- Mendeklamasikan sajak
- News reading
- Spell It Right
- Word Search
Rasional Program NILAM
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.
Cabaran
Program NILAM ini tidak akan mencapai objektif yang ditekankan sekirannya terdapat masalah kurangnya kerjasama dari pihak yang bertanggungjawab dan di samping kelemahan penyediaan prasarana yang akan melembabkan proses pelaksanaan program ini. Antara faktor-faktor yang perlu ditekankan dalam berbagai cabaran melaksanakan prorgram ini seperti:
Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan PSS
Memastikan koleksi bahan di pusat sumber sekolah sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat murid untuk sering mengunjungi pusat sumber.
Sokongan pihak pentadbiran sekolah
Aktiviti-aktivti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbiran kurang memberi sokongan dalam menjalankan aktiviti Pusat Sumber termasuk menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.
Penglibatan ibu bapa dan guru-guru
Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ibu bapa memberi sokongan membaca semenjak dari kecil kepada murid. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah. Contohnya memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama teka silang kata dan latihan menulis ulasan dalam pengajaran mereka.
Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan PSS
Memastikan koleksi bahan di pusat sumber sekolah sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat murid untuk sering mengunjungi pusat sumber.
Sokongan pihak pentadbiran sekolah
Aktiviti-aktivti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbiran kurang memberi sokongan dalam menjalankan aktiviti Pusat Sumber termasuk menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.
Penglibatan ibu bapa dan guru-guru
Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ibu bapa memberi sokongan membaca semenjak dari kecil kepada murid. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah. Contohnya memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama teka silang kata dan latihan menulis ulasan dalam pengajaran mereka.
Cadangan Masa Pelaksanaan NILAM
- Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca. Contohnya aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber Sekolah.
- Murid meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membac seperti membuat ulasan buku.
Contoh-Contoh Aktiviti Membaca
Projek Pukal
Setiap kelas dibekalkan 30 – 50 buah buku dan murid dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu
Setiap kelas dibekalkan 30 – 50 buah buku dan murid dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu
Anotasi Buku
Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini
.
Khemah Membaca
Kem ini diadakan pada tiap-tiap tahun. Murid akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.
Khemah Membaca
Kem ini diadakan pada tiap-tiap tahun. Murid akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.
Kuiz Bestari
Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang mebincangkan isu-isu berkaitan Kemanusiaan, Alam Sekitar, Kesihatan, Sejarah, Keselamatan Jalan Raya, Bahaya Dadah dan Bahasa. Pemenag akan dipilih dan diberikan hadiah insentif.
Tahap Pelaksanaan & Pencapaian NILAM
Pelaksanaan
Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca
TAHAP JAUHARI
1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca
TAHAP JAUHARI
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan dalamaktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar ( Pertengahan Tahun dalam Tahun 1). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Tahap Pengiktirafan NILAM Jauhari Sekolah Rendah
BILANGAN BUKU
|
PENGIKTIRAFAN
|
90 – 179 buah buku
|
Gangsa
|
180 – 269 buah buku
|
Perak
|
270 – 359 buah buku
|
Emas
|
360 buah buku ke atas
|
NILAM
|
RAKAN
PEMBACA
- Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.
- Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara tidak formal.
- Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk di bawa pulang. Buku-buku yang dipinjamkan akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran.
- Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
- Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP.
MARKAH
|
PENGIKTIRAFAN
|
100 – 199
|
Gangsa
|
200 – 299
|
Perak
|
300 – 399
|
Emas
|
400 ke atas
|
NILAM
|
SISTEM PEMARKAHAN RAKAN PEMBACA
Bercerita pada 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah*
Membaca bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah*
Bicara buku 1 sesi x 15 pendengar = 5 markah*
Meminjam buku 1 buku x 20 peminjam = 5 markah*
* Markah maksimum setiap aktiviti
GANJARAN
Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumkan tentang klasifikasi pengiktirafan ini.
Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca. Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah :
Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila murid menamatkan persekolahannya.
Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada murid yang layak menerimannya.
Murid yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.
Ciri-Ciri Pelaksanaan NILAM
Murid
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Guru
Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid. Data rekod murid henaklah diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisis. Mulai 2010, i-NILAM diperkenalkan oleh BTP dan semua data berkaitan NILAM telah diup load (muat naik) ke sistem i-NILAM BTP (http://btp.tarantula.my). SK Bandar Pusat melalui JK NILAM telah melantik jawatankuasa tetap upload data NILAM mengikut kelas yang diselaras oleh Penyelaras NILAM iaitu Ketua Panitia Bahasa Melayu.
Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul dan diselaraskan di peringkat kelas, negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.
Pengiktirafan dan Ganjaran
Data rekod bacaan yang dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.
Program Galakan Membaca
PENGENALAN
Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina
melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk
membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang
ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan
peperiksaan.
Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996
mendapati kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun.
Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran
dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan
untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.
MENGAPA?
Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di
kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.
OBJEKTIF
- Menjadikan murid banyak membaca.
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Pelaksanaan Program NILAM
Bagi memastikan program ini berjalan lancar dan dapat dihayati oleh semua warga sekolah, pihak pentadbir sekolah terutama sekali Guru Besar / Pengetua perlu dahulu memahami konsep dan matlamat program ini. Ini kerana mereka perlu memberi taklimat dan penerangan tentang program ini kesemua warga sekolah. Antara perkara-perkara yang perlu mereka terangka ialah :
Manakala mesyuarat guru juga perlu diadakan bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Antara agenda yang perlu dibincangkan ialah:
- Latar belakang gerakan membaca.
- Apa itu Nilam
- Tujuan Nilam
- Aktiviti asas Nilam
- Tahap pertama Nilam
- Tahap kedua Nilam
- Sistem kawalan
- Pengiktirafan.
Manakala mesyuarat guru juga perlu diadakan bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Antara agenda yang perlu dibincangkan ialah:
- Menyediakan carta organisasi
- Menentukan peranan GPMS, Setiausaha Nilam, guru kelas dan guru matapelajaran.
- Menyediakan senarai tugas / melibatkan semua staf.
- Menentukan dan menyusun jadual perlaksanaan.
- Menentukan bahan mencukupi.
- Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi;
- pengumpulan data
- pengesahan
- pengawalan
- penilaian.
Lagu NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
Konsep NILAM
Pengertian Konsep :
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
·
Merupakan
penggabungan atau adunan kesemua
aktiviti galakan membaca yang dijalankan di
sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
·
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara
terancang dan berterusan (pengurusan)
·
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di
sekolah. (aktiviti)
·
Merupakan program penilaian pembacaan yang
berterusan sepanjang tahun. (penilaian)
·
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun
Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan
Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.
·
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998
bertarikh 22 Mei 1998
MATLAMAT
Satu strategi untuk
menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di kalangan
rakyat Malaysia, khususnya murid
sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat
Malaysia.
OBJEKTIF
·
Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang,
bahan berkualiti, pelbagai genre &
bukan bahan pembacaan yang berorientasikan
peperiksaan sahaja)
·
Menggalakkan
sekolah terus menjana idea
kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
Tiga Elemen Program NILAM
·
Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang
dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
·
Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod
bacaan murid.
·
Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada
murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang
disertai.
Subscribe to:
Posts (Atom)