Pertandingan Laman Blog Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka Peringkat Akhir 2016
Tarikh : 4 Mei 2016
Tempat : Pusat Sumber Al-Khawarizmi SMK Dato Haji Talib Karim
Anjuran : Perputakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka ( PUSTAKAM )
Sekolah pengelola : SMK Dato Haji Talib Karim
Tema :
NILAM Ke Arah Pengajaran & Pembelajaran Abad Ke 21
Objektif :
- Menanam minat terhadap perpustakaan sekolah melalui reka cipta laman blog yang menarik dan berinformasi yang berkaitan dengan NILAM.
- Mempromosikan kepentingan pembangunan dan penyebaran tentang NILAM perpustakaan sekolah selaras dengan insiatif Kementerian Pendidikan Malaysia membentuk masyarakat minda kelas pertama.
- Menggalakkan para guru dan murid mengembangkan kemahiran ICT mereka dalan membangunkan laman blog selari dengan kemajuan teknologi dan keperluan negara masa kini.
- Meningkatkan keberkesanan penggunaan ICT dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian idea, pencetus pemikiran kreatif dan inovatif yang memberi impak yang holistik kepada individu, komuniti dan negara.
Penyertaan :
27 buah sekolah menengah seluruh negeri Melaka.
Sekolah yang berjaya ke Petandingan Laman Blog Peringkat Akhir ;
- SMK Air Molek
- SMK Dato Haji Talib Karim
- SMK Iskandar Shah
- SMK Klebang Besar
- SMK Rahmat
- SMK Selandar
- SMK Seri Tanjong
- SMK Simpang Bekoh
- SMK Sultan Mansor Shah
- SMK Tun Haji Abdul Malek
SMK Air Molek telah menghantar tiga orang peserta iaitu :
- Mardhiatun Najihah Binti Omar
- Abdullah Umar Amir Bin Shaidin
- Saidatul Nadia Binti Mohd Halim
Pemenang-pemenang :
- Anugerah persembahan terbaik : SMK Selandar
- Anugerah Kreativiti & Inovasi : SMK Dato Haji Talib Karim
- Tempat Pertama : SMK Dato Haji Talib Karim
- Tempat Kedua : SMK Seri Tanjong
- Tempat Ketiga : SMK Tun Haji Abdul Malik